What's new

Monday, August 13, 2007

Ocean Eleven

lo cik adik dan kakak. Ni saya lg le EWOK. Tu gambar saya kercil. Sambil mengelap bulu kaki.


Yang ni saya amik gambar dgn kembar saya nama dia CHUBACHA. Saya yang kanan tuh. Dia dah pindah gi umah sedara. Dengar cerita chubacha dah gemuk pasal dia makan makanan cat yang mahal. Tp saya tak kisah. Saya dpt makan frieskies pon dah syukur.


Yang depan sekali tu chubacha tengah main pijak-pijak dgn Coco JAMBUL. Saya malas a campur main-main yg macam budak-budak nih.


Gambar bawah ni masa saya tengah bergurau senda dengan oren. Oren ni lembut kucing nya. Bila lah dapat berjumpa dengan oren lg.


Dan yang ni kami beramai-ramai yang asik pandang camera tu si OREN la. Die pon dah pindah tak duduk sama dah. Sedih juge. Yang gelap hitam tu si BLACKY. Sekarang ni blacky dah hodoh. Ekor bengkok.


Oren tu lahir dulu dari saya, saya sedih a oren dah pindah. Tp nak buat acamne, kena lah berkorban kan sebab toilet kami pon kecik, nak kongsi ramai-ramai kang busuk pulak. So sape taik paling busuk kena lah pindah.


Gambar yang bawah ni konon-konon nak buat mcm poster cerita ocean 11. Boleh lah kan..Ketua samseng nye saya lah EWOK.

Toilet Train

Need privacy please.



Ha lega dah selesai pon, tunggu nak basuh jek.

Once upon a time

Hi guys, It's me again Ewok. Thats me when I was a little kid. With my bro and sis. At my back is coco jambul. He's cute right.
But I think I am cute then him. I don't like him coz he's smelly.

Playstation 2

Mitchiko the cat was tired after playing playstation 2. Eat, sleep, PS2.

Ewok

Hi my name is Ewok, Mitchiko new girlfriend. Someday I wanna be a model, I mean more specifically Victoria's Secret model. Before that, I have to attain a 6 day litter box training courses. It's for encourage me to use my litter tray. Wish me luck.



<----->

Sleeping Partner

Mitchiko & ciput selalunye kalau tido sure nak peluk2 gaklah. Panaskan badan la kot. Kalau ada masa time main2 tu gigit gigit leher sket. Best gak tengok perangai tucing, Kadang ada yang jenis tido terbongkang. Tp suke tengok kalau tucing yang tido gulungkan badan dia. Comel gile.

Snappy Tom

Hot weather is expected today. What do you do on hot day? Usually I just sleep, scratching, playing like crazy with michiko and licking my long tail. I use my tail to communicate my emotion with other cats.
I like my tail. Do you.

Alien

Dulu penah gak tengok kucing baka ape tah telinga nye mcm gini. So buat eksperiment kat Keciko the Mutching. Agak2 mcm alien ek.


Bawah ni gambar Keciko masa kecik. Buat senam robik sikit.


Keciko dalam ingatan mummy.

Puss in Boots

Here are some of my (fukidu) picture with Mok. She's my good friend.

Ingat kami nak main kat luar, tp musim banjir ni terpaksa la kami lepak dalam umah ajek. Sambil membersihkan skin dari fungus.

Tak macam Shinchan tu. Die jenis slow sikit. Aktiviti rutin ialah tidor. Kadang-kadang jek die suke main tali. itupon selepas kami buli die baru die nak join main. Kalau tak tiiidooo...




Fukidu

Saya Fukidu. Umur brapa ek..tp kecik lagila. Jantina perempuan. Saya ada lg 2 org adik beradik. Si Mok dan Sinchan. Bapak saya omputeh. Mak saya Jawa. Kulit saya jek yang gelap. Yang lain tu putih melepak. Maybe saya patut menggunakan Fair & lovely. Sebelum ni saya guna Oil of Olay yang Datuk CT guna tu. IPB Image
Tak berkesan sangat la maybe sebab saya muda lg takde kesan penuaan mcm datuk CT.


IPB Image

Ni saya nak tunjukkan teknik betul menetek. Mula-mula kena cop tempat. Sebaik-baiknya ambik bahagian tengah. Pastu dengan selambanya gunakan tangan atau kaki untuk menghalang adik-adik yang lain dr berebut spot yang best. Sekian. Jumpa lagik ek.


IPB Image

Saturday, August 11, 2007

PLKN

Keciko kalau tidur masa kecik-kecik dulu kena bengkong. Mcm orang mengandung tuh. Sebab keciko nih suka lompat-lompat a. Over sikit. Sekrang pon over lagih. So dah bengkong pon still lincah jugak. Tak boleh buat ape la.

IPB Image

Masa kecik comel lah, boleh le pakai baju Mc Donald tuh. Siap beg lagik. Agak-agak mcm budak PLKN berkawat lah nih. Tapi version kucing. Tapi satulah keciko dah improve sikit attitude dia semenjak dua menjak nih. Melabur pon kat jamban. Pandai pong. Tak menyusahkan orang tua.
IPB Image IPB Image

Sikecil

Ni gambor masa mitchi buat muka sedih. Pepasal la si Puteko tu tak mau gang kite. Busuk sangat ke saya ni? Bukan saya teringin pn menjadi kacak cenggini. Dah kurniaan ilahi. Puteko takut teretori dia diambil oleh saya lah tu. TP saya kan kecil lagi. Takat jadi apprentice puteko boleh la.

Saya dengar dulu puteko ni ligat a dapat offer berlakon. Filem dia yang saya masih ingat ala..crite mata emas tu. Box office wo crite ni. Siap puteko dinobatkan pelakon terbaik di festival Cannes.


Tapi saya lebih suka lakonan dia dalam cerite casablanca's . Nampak macho sket. Nih saya tepek sinopsis crite casablanca's (2006)yang saya dpt dr internet.


Story:
A romantic story is set against the backdrop of the wartime conflict between democracy, football conflict and love. Directed by Malaysian-accented LinaA.

CAST:Humphrey Putih, Kechique Bergman, Nemo-nemo Henreid, Pablo Rains, Samson Veidt, Raising Greenstreet, Butter Lorre, Cookies Wilson.
SYNOPSIS:Joe (Putih) owns a cybercafe in JB during World War II. Siti Sarimah (Kechique), a woman Putih was once in love with and never quite got over walks into his cybercafe. She is in town with her husband, Mat Top(Nemo-Nemo), a resistance leader of Malaysian football Club (FAME).

GENRE:Romance
DIRECTOR:LinaA
AWARD:
Outstanding Motion Picture (Winner)
Best Director (Winner)
Best Actor (Winner)
Best Actress (Winner)
Best Screenplay/Writer (Winner)
Best Fight (Nominate)

Thursday, August 9, 2007

Sleeping zzz.

Dah malam dah, hari minggu ni selalunye saya buat aktiviti taik mata. Selalu saya tido dgn bantal busuk . Tp bantal busuk doremon saya dah hilang, Mummy puteko hantar dobi pastu org dobi tu hilangkan. Menci btol.
IPB Image
So puteko dah takde bantal busuk dah. boohoo.gif Tu yang puteko mogok lari dari rumah tido kat longkang tu. Tp tak kirala, tido tetap tido. Takde shooting drama hari ni. Selalu bz gak, Esok ada shooting cover filem Mata Emas. Filem lama saya la tentang kesah Pegawai RELA yang terdesak menjadi perompak. Saya jadi hero filem. Tunggu esok saya tampal sini. Ulang tayang film sempena raya.
IPB Image

Tentang bantal busuk doraemon saya tu, keciko dengan mitchi tak tau yg saya ade bantal busuk. Malule kalau diorng tau. Terutama si keciko tu kuat cemburu. Coz mummy saya lebih sayang kan saya. Maybe sbab Puteko kucing pertama kan. Lagipon saya tak banyak songeh.
Tak menyusah kan orang tua. Tu pasal lebih disayangi walaupon tak sehebat Mitchi si bulu tebal tu dan keciko si gediks.

Nampak tak gambor bawah tu, Keciko tu asik jeling saya jek. Menggoda la tuh. Boying btul. Cute le tu tu...tu....Tu gambar saya , Keciko dan kembar keciko , nama dia Paris Hilton. Sedih aaa, dia sakit demam, pastu tau-tau aje dia dah takde. I like her so much. Dia lucu dan baik hati. Tringat a kat dia. Sempat a kami makan bersama sepinggan tido sebantal. Tp tak sempat saya nak cakap yang saya jatuh cinta dengan dia. So sampai sekarang saya tak dapat lupakan Paris Hilton. No one can replace her in my heart. wub.gif
IPB Image
Uwek...Tengok a Mitchi tu asyik merengek-rengek manja jek dgn mummy kite.
IPB Image

My name is keciko

IPB Image
Salam petang kakak , Saya Keciko si cantik manis, tu gambar masa saya kecil, saya memang tau saya fotogenik. Semua badan saya hitam manis. Tapi Mitchiko selalu kutuk cakap saya ni itam legam mcm Kel...
Tak baik ek Mitchiko ni. Tu semua ayat-ayat cemburu kerana kepopularan saya. Lagipon saya memang berbakat besar dalam bidang seni ni. Dalam diam saya memang ada hati dengan Puteko tu. Tapi dia buat deeekk je. Ada dia cakar saye pulak.
IPB Image

Saya pon lari la gagah berani. Lari laju.

Puteko macho cat

Ekor saya tu mcm kerepot-kerepot gulung. Saya tak suke sangat la. Tapi saya personally memang suka saya punya DADA dan saya punye telur sebab setompok itam. Cute. Kaki kiri sayepon ade tompok itam. Kira trademark masa lahir.
IPB Image

Tu gambar Puteko tengah slim. Time tu saya tak lalu makan sangat sebab tuan saya tuh tukar-tukar food saye pulak. Tp sekarang saya dah gemuk skit. Nak merempit kat luar pon dah tak selalu sangat, sebab satunya saya kena panjat tingkap yang tinggi. Tak larat nak bawak perut.

IPB Image

Saya memang suka pandang camera, Dah terbiasa kot. Nampak mata saya tu. Saya pakai spek. Kena pakai cermin mata ni sebab macam genius la kalau org nampak. Lgpon memang saya ni low profile kat Taman saya ni. Muka pon bekeng, Kena bengis sikit baru orang takut.Keciko lain la die gile glamor a.

Mitchiko muchoo

IPB Image
Saya suke. sebab kadang-kadang leh jumpa kwn-kwn kat situ dan kadang kadang ada anjing besar. Sebelah klinik doktor tu ada kedai mainan kucing. Bila tuan saya bali kampung, dia tinggal kan saya la kat situ dengan kawan-kawan.
Tp saya tak suka la duduk kat situ, sebab owner kedai tu ada kucing pastu kucing die berlagak la. Kucing-kucing jahat tu duduk selesa dalam bilik cermin. Jenis yg DLH tu. Saya pon DLH gak tp merempat dulu.

Friday, August 3, 2007

Mitchiko the Much.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya mitchiko. Org kampung panggil saya mitchi. Dulu saya ni merempat kat Sungai Buaya.Kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang. Entah cam mana ada hamba Allah tu dukung saya time saya lepak minta sedekah kat depan kedai mamak. Waktu tu badan saya kurus gila macam Apek senario tu. Sian saye. Takda sapepon yang sudi memandang saya ni. Sekarang saya dah gemuk dan kacak.

IPB Image

Kawan baik saya Keciko, Dia lah yang mengajar saya cara melompat dengan btul. Nampak longkang besar tu? Kitorang tengah cari Puteko dalam tu. Tak ada pong.
IPB Image
Saya ni tak macam Keciko yg ramah tu. Saya lebih pemalu dan suka di dukung. Bukan apa, dulu mak saya buang saya kat tepi jln. So saya jadi seorang yang murung. Sekarang saya dah ceria la ada kawan macam keciko. Dia lincah la. I LIKE.

Ingat tak dengan Puteko tu? Diatu menci saya la. Saya taulah dia lebih macho dan misteri. Tp tak perlu la hinshh hinsh saya bila saya lalu depan dia. Kadang-kadang saya cuba la tegur die. Tapi dia lebih suka layan solo di longkang. Saya pon suka main kat longkang tp longkang kecik le. Berlatih dulu.
IPB Image
Puteko tu mcm bodyguard kami la. Nanti saya dah besar saya cita-cita nak jd mcm Puteko si Penjejak Awan tu.
IPB Image

keciko yg kecik

Hi, saya kechique aka keciko. Budak lagik. Saya lincah org nye, maklum le betine gitu. Kena lah mesra dan manja. Baru org nak kawin dgn kite. Ni gambar time saya sambut hari merdeka dengan puteko (kwn saye). Best sangat.
IPB Image

Ni pulak masa saya muka innocent . Maklum la first time dapat ambik gambar. Saya ni memang taknak amik gambor dgn kucing-kucing jantan. Tak manis dipandang. Kecuali kalau hal official ajek.
IPB Image